Pelakon Fasha Sandha tidak ketinggalan mengikuti cabaran tarian viral popular yang diberi nama Panama Dance.

Menerusi akaun Instagram (IG), Fasha telah memuat naik video pendek yang merakamkan wajah gembiranya ketika melakukan cabaran tersebut sebentar tadi.

Selain Fasha, adiknya Elisya Sandha juga turut melakukan tarian itu bersama-sama kakak kesayangannya.

Ok kita sahut cabaran #panamadance Challenge. Lepas makan kita kurangkan kalori. Walaupun terabur, layankan je. Nasib baik la restaurant hak milik best friend kami @hishamraus ?#myfavpeople

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Rata-rata pengikut IG Fasha menyatakan rasa kagum melihat gerak tarinya selain memuji kecomelan aktres berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan Fasha mempunyai bakat terpendam dan pandai menari.

Terdahulu, Panama merupakan sebuah lagu dinyanyikan oleh Matteo yang dimuat naik menerusi laman Youtube sejak tahun 2013.

Namun Panama Dance mula menjadi popular selepas tarian itu dilakukan oleh artis Korea menerusi program realiti Law of The Jungle in Panama.

Foto: Instagram @fashasandha