Peminat memuji bacaan doa penyanyi Datuk Fazley Yaakob ketika pengebumian bapanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram (IG) miliknya.

Menerusi video yang dirakamkan ketika pemergian bapanya dua tahun lalu iaitu 8 Februari 2015, Fazley dilihat sedang membaca doa dengan lancar di tepi pusara tersebut.

Fazley berkongsi video tersebut dan dalam masa yang sama meluahkan rasa kerinduannya terhadap bapanya itu.

Menurut Fazley, dia masih ingat akan pesanan bapanya supaya menjaga ibu serta adik-beradiknya yang lain.

Kerinduannya tidak tertanggung apabila teringat saat-saat terakhirnya bersama bapanya.

#Alfatehah untuk arwah Bapak kesayangan kami semua Allahyarham Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad, hari ini genap 2 tahun pemergian Bapak. Masih terasa2 kehangatan terakhir tubuh mu bapak, masih terlihat2 saat memandikan dan mengkafankanmu bapak, masih terkenang saatku menurunkan mu ke liang lahad dan masih kedengaran saat ku membacakan doa di pusaramu, bak baru semalam. Ketahuilah bapak, kami akan kekal merinduimu, kami akan sentiasa menyayangimu, Kini anak sulong mu meneruskan segala usahamu, memegang utuh wasiat mu agar menjaga bidadari mu (ibu tecinta) serta adik adikku. Bapak.. Paji amat rindukan Bapak ?#Alfatehah

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on


Rata-rata netizen memuji Fazley sebagai anak yang soleh selain berpendapat bapanya beruntung kerana mempunyai anak seperti selebriti chef itu.




Bapanya meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Kalsom Abdul Latib dan empat anak serta lapan orang cucu.