Peminat Lelaki Pernah Hantar Gambar Alat Sulit Kepada Dr. Say Shazril

7 Februari 2018. 11.58 AM
133,779
Hiburan
Peminat Lelaki Pernah Hantar Gambar Alat Sulit Kepada Dr. Say Shazril
Pegawai perubatan yang mula viral tahun lalu, Dr. Say Shazril mengakui dia pernah menerima kiriman foto alat sulit lelaki menerusi akaun media sosialnya.

Terkejut dengan tindakan ekstrim segelintir pengguna media sosial berkenaan, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin mengambil langkah untuk mengendahkan sahaja gangguan seksual virtual sedemikian.

"Menjadi viral ada baik dan buruknya. Apabila bercakap mengenai gangguan seksual alam maya ataupun buli siber saya dapati situasi itu lebih cenderung datang daripada pengguna lelaki.

"Misalnya sebelum ini kalau peminat wanita saya biasanya hanya menulis komen di Instagram dengan kata-kata pujian. Paling tidak pun ada yang kecewa kerana mereka mendapat tahu saya sudah berkahwin.

"Namun, yang saya pelik ada segelintir pengguna media sosial dalam kalangan lelaki yang berani menghantar gambar kemaluan mereka kepada saya.

"Apa yang boleh saya buat cuma abaikan sahaja mesej-mesej berbaur seksual seperti itu. Adatlah media sosial," katanya eksklusif kepada Astro Gempak.

Dr. Say bagaimanapun tidak pernah berdepan situasi janggal atau serangan seksual apabila di khalayak ramai.

"Sehingga kini ramai yang mendekati saya dengan cara yang baik. Kalau di luar mereka datang kepada saya dan sekadar meminta izin untuk bergambar sahaja.

"Tidak pernah pula ada yang tiba-tiba datang melulu dan meraba bahagian-bahagian tertentu badan saya. Semuanya masih normal," tambahnya.

Dr. Say merupakan antara pegawai perubatan yang bakal menjadi panel untuk rancangan terbaharu My Doctors di samping beberapa pakar perubatan terkenal lain antaranya Dr. Zainal Adwin, Dr. Rizal Rahman dan Dr. Beni Rusani.

Mewakili kepakarannya dalam bidang kecergasan dan pemakanan seimbang, Dr. Say bakal mengendalikan 13 episod My Doctors mengupas topik berkaitan masalah kesihatan dengan cara informatif dan menghiburkan.
 
 

Topik : Lantak Pi Lah . Arini sy nk cerita sumtin agak serius. Asyik cita psl health & fitness, arini sy nak cita pasai cyber bully. One of my guest today was @arlinabanana, kalau korg knai she was di target keyboard warrior kao2 last year for her appearance smpi she breakdown smpi wanted to commit suicide. Even dh smpi tahap nk bunuh diri pun netizen masih kecam die. Alhamdulillah she managed to get over that & move on. . Ape sy cuba smpikan, susah kalau kte nk nasihat keyboard warrior ni tuk bertaubat but what u can do is forgive & forget. Xpun dlete je komen diorg or block diorg yg pnting jgn balas balik. Sy pun ada ja org pelik2 bash tp sy delete ja komen buntut2 tu & amik komen2 positive. So peeps, lantak pi kt depa tu, depa nak jadi ampa, tp xkesampaian tu yg depa menggelupoq tu.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on



My Doctors bakal bersiaran pada 19 Februari 2018 setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @say_shazril

Artikel Berkaitan