Seorang pengikut Instagram (IG) Elfira Loy telah mendakwa pelakon tersebut sombong kerana tidak membalas sapaannya di sebuah majlis.

Peminat tersebut telah menulis komen dalam salah satu entri di IG Elfira yang ketika ini sedang mengerjakan umrah.

Menurut peminat itu, dia agak kecewa apabila Elfira bersikap acuh tak acuh ketika disapa, berbeza dengan sikapnya di media sosial.

Dakwanya, ketika bersua muka Elfira agak sombong tetapi agak peramah di IG dan tidak menyangka dilayan dingin oleh tunang kepada Sufian Suhaimi itu.

Bagaimanapun dia berharap agar Elfira berubah selepas pulang dari mengerjakan umrah.



Sementara itu, Elfira yang menyedari tentang komen tersebut, telah memohon maaf.

Katanya dia tidak berniat untuk bersikap sombong dengan peminat.

Sebagai selebriti Elfira memberitahu, dia sentiasa mahu memberi layanan terbaik dan berfikiran positif terhadap peminatnya.



Foto: Instagram Elfira Loy