"Wany... Sebenarnya, angin cinta yang Wany kirim tu dah jadi apa? Dah jadi taufan dalam hati Khai."

Begitulah frasa 'pick-up line' yang diberikan oleh penyanyi Khai Bahar kepada Wany Hasrita dalam rancangan CCTV.

Menerusi potongan video rancangan yang dihoskan oleh Aliff Farhan dan Aril Pilus itu, Khai diberikan cabaran untuk memberikan 'pick-up line' kepada Wany dan Nabila Razali.

Video tersebut yang dimuat naik di laman YouTube Thinker Studios pada dua hari lalu (5 Februari 2018) kini meraih hampir 90,000 tontonan.

Aksi Khai dan Wany juga sedang menjadi bualan netizen dan mendapat kedudukan ke-14 dalam carta trending di laman YouTube.


Menariknya, Aliff dan Aril turut menjemput ibu kepada Wany untuk turut bersama-sama dalam rancangan CCTV.

Terbaru, Khai digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Wany namun kedua-dua penyanyi itu mengakui hubungan yang dibina oleh mereka hanya sekadar teman baik.

Jangan lupa saksikan CCTV setiap Isnin, jam 9.30 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal