Pelawak Jihan Muse berharap zuriat merupakan hadiah terbaik yang diberikan kepada suaminya, pelakon Ungku Hariz.

Jihan meluahkan isi hatinya sempena dengan ulang tahun kelahiran ke -33 suaminya.

Pengacara GegarVaganza 4 itu juga turut memuat naik foto Ungku Hariz menerusi akaun Instagram (IG) hari ini.

Dear Ungku Hariz Faizal, my bestfriend, my boyfriend, my husband.. I harap ini lah hadiah terbaik pernah i beri pada u, melahirkan anak kita. I LOVE US.. Happy Birthday Sayang @ungkuhariz ❤️ #UHturns33 #11yearsback #myownversionofreymee

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on


“Dear Ungku Hariz Faizal, my bestfriend, my boyfriend, my husband. I harap inilah hadiah terbaik yang pernah i berikan pada u, melahirkan anak kita.

“I LOVE US, happy birthday sayang @ungkuhariz #UHturns33 #11yearsback,”
tulisnya.

Jihan selamat bersalin anak lelaki pada 26 Januari lalu.

Foto: Instagram #jihanmuse

Teks oleh: Mya Amri