Aktif dalam pelbagai lapangan seni, pelawak Zizan juga sering menghabiskan masa beriteraksi bersama peminat di laman sosial.

Sering memuat naik foto aktiviti terbaru menerusi akaun Instagram miliknya, @zizanrazak869 yang mempunyai 4.6 juta pengikut, Zizan juga aktif di laman Twitter.

Menerusi akaun Twitter @zizanrajalawak, jejaka yang berasal dari Terengganu itu telah mengumpul sebanyak 2.64 juta pengikut di sana.

Terbaru, entri terkini yang ditulis oleh Zizan di laman Twitter miliknya menarik perhatian peminat.

"Fakta menarik. Wanita yang nampak lemah lembut di Instagram sebenarnya garang dan bengis selepas menjadi girl friend kita," tulis Zizan.

Tweet tersebut diletakkan bersama hashtag #lelakijangantertipu.

Rata-rata pengikut Zizan di laman Twitter memberikan respon terhadap tweet tersebut.

Ada yang bersetuju dengan tweet Zizan, malah ada juga peminat wanita yang mengakui diri mereka mempunyai sifat tersebut.

Malah, ada peminat yang menyifatkan tweet Zizan sebagai gurauannya bersama peminat di laman Twitter.

Dalam perkembangan lain, jejaka itu menerima lima daripada 16 pencalonan awal Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME 2018).

Zizan tercalon menerusi kategori Duo MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, dan Fesyen MeleTOP.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.

Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zizan