Penyanyi As'ad Motawh menyatakan hasrat untuk mengeluarkan album penuh yang memuatkan 10 buah lagu pada hujung tahun 2018.

Kata As'ad, 17, dia bagaimanapun perlu bijak membahagikan masa untuk proses penerbitan album sulungnya di samping fokus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

"Sudah dua buah lagu dirakamkan buat masa ini dan kedua-duanya lagu ciptaan Wan Salleh termasuk Senyum.

"Dalam album ini saya akan menampilkan 10 buah lagu termasuk salah satunya kolaborasi dengan Sona One.

"Selain itu, saya merancang untuk mengadakan siri jelajah di negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand untuk mempromosikan album itu nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, nama As'ad heboh diperkatakan apabila gagal menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia (Armada Band) dengan baik dalam sebuah rancangan televisyen siaran langsung di Indonesia hujung tahun lalu.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @asadmotawh