Peserta Gegar Lawak, 2B yang dianggotai oleh Ismawira Bahdun dan Lokman Harmin mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang pelawak.

Menurut Ismawira, 30, dia dan Lokman sering bergaduh sesama sendiri disebabkan perselisihan pendapat dalam mencari idea untuk melakukan persembahan pada setiap minggu.

"Setelah berada di atas pentas baru kami sedar yang sebenarnya bukan mudah mencari idea untuk menghiburkan orang ramai.

"Setiap minggu kami pasti bergaduh sesama sendiri dalam mencari idea yang terbaik untuk membuat persembahan di atas pentas Gegar Lawak.

"Bagi kami pergaduhan yang terjadi itu merupakan perkara biasa dan perkara itu ada kalanya berlarutan sehingga beberapa hari," katanya kepada Astro Gempak.

Kumpulan 2B telah diumumkan sebagai penerima Man On Deman pada minggu kedua bertemakan 'Kenangan'.

Gegar Lawak diterajui oleh pelakon Kamal Adli dan pelawak Fad Bocey sebagai hos.

Program ini juga menampilkan pelawak Tauke, Nizam Jentik- Jentik, Ali Puteh dan Dzawin ditugaskan sebagai penasihat lawak yang akan membimbing serta membantu para peserta.

Manakala pelawak Douglass Lim dan Datuk Ac Mizal dipilih sebagai juri tetap.

Gegar Lawak bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 134).

Untuk melihat berita terkini dan perkembangan lain serta mengundi peserta kegemaran anda, klik di sini ----> GEGAR LAWAK

Program ini juga boleh ditonton menerusi platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.