Ini ada berita gembira untuk peminat drama bersiri Lafazkan Kalimah Cintamu, mulai 5 Februari anda boleh menonton drama tersebut menerusi NJOI Now di mana-mana sahaja.

Jadi, anda tidak perlu khuatir untuk pulang awal ke rumah dan tidak akan terlepas peluang menonton rancangan kegemaran anda secara langsung.

Pastinya anda akan tidak sabar untuk menyaksikan konflik yang terjadi diantara Nelydia Senrose dan Farid Kamil dalam drama tersebut.



Tidak lupa juga kepada gaya rambut yang dipakai oleh Nelydia Senrose dalam menjayakan watak yang dibawa sehingga mampu membuatkan anda ketawa seorang diri.

Manalah tahu gaya rambut Nelydia Senrose mampu menjadi tren anda pula selepas ini.

Sudah pastinya drama ini mampu untuk membuatkan anda ketawa dan menangis dalam masa yang sama kerana sekarang anda tiada alasan lagi untuk pulang awal menyaksikan drama ini di TV.



Semuanya itu akan menjadi mudah dengan NJOI Now yang kini boleh di”strim” melalui laman web nya njoinow.com dan juga aplikasi NJOI Now yang boleh dimuat turun terus ke telefon pintar masing-masing.

Untuk menonton Lafazkan Kalimah Cintamu dan banyak lagi drama Melayu & Korea seperti Red Velvet, Dolce Amore, Mother, Radio Romance dan I Am Not a Robot, dapatkan Syok Syok Pass dengan NJOI Now di mana semua orang boleh melanggan dengan kadar semurah RM5 untuk 7 hari dan RM10 untuk sebulan.






Anda juga boleh menyaksikan 18 saluran menarik secara percuma. NJOI Now meliputi saluran-saluran info serta motivasi seperti berita, kuliah dan juga saluran mesra keluarga seperti Astro Arena, Prima, Awani, Oasis, Maya, Go Shop yang akan membuatkan ada berasa seperti sedang berada di rumah sambil menonton TV.

Malah, anda boleh tonton drama hebat lakonan Fattah Amin seperti My Coffee Prince dan Suri Hati Mr Pilot secara percuma jika anda daftar dan login. Ia juga boleh dimuat turun dan disimpan untuk ditonton pada bila-bila masa di aplikasi Njoi Now!





Jangan membuang masa, langgan lah Njoi Now sekarang untuk satu pengalaman yang sangat syok ketika anda berada di mana-mana sahaja.



Muat turun aplikasi NJOI Now di Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com!