Isteri kepada pewaris kedua takhta England, Putera William, Kate Middleton telah memotong rambutnya untuk didermakan kepada pesakit muda penghidap kanser.

Kate Middleton dilaporkan telah menyumbangkan 17 sentimeter rambutnya untuk diberikan kepada pihak yang bertangungjawab menguruskan kerja amal tersebut.

Organisasi tersebut dipertanggungjawabkan membuat rambut palsu untuk anak-anak yang telah kehilangan rambut selepas menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi.

Kate Middleton mendapat idea tersebut selepas ia memotong rambutnya di Istana Kensington.

Ketika itu pemotong rambutnya memberi cadangan supaya menyumbang rambut yang telah dipotong tanpa perlu membuangnya begitu sahaja.

Wanita yang memiliki rambut cantik bersinar itu merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Sumber: Elle UK