Pelakon Yana Samsudin mengakui ingin menambah bilangan ahli keluarganya namun rezeki masih belum berpihak padanya.

Kata Yana, dia dan suami, Fadzil Zahari tidak pernah merancang untuk memiliki cahaya mata namun seandainya mampu mereka ingin mempunyai zuriat yang ramai.

"Saya dan suami memang sedang berusaha untuk menambah bilangan ahli keluarga namun rezeki tidak menyebelahi kami.

"Baik saya mahupun suami, kami tidak pernah membuat perancangan keluarga.

"Kalau boleh saya mahukan anak yang ramai dan keluarga yang besar. Lagipun, faktor usia juga memainkan peranan.

"Saya tidak mahu tunggu lama-lama," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program 2018 Media Prima di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Yana dan Fadzil telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aisy Mateen, 2 tahun.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @yanasamsudin