Pelakon Fizz Fairus antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairus Zainal Abidin menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mendahului senarai penerima pingat adalah adinda Sultan Pahang, Tengku Datuk Nor Akmar Sultan Abu Bakar yang menerima Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri bersama 20 individu lain.

Isitadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Seramai tiga individu menerima Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera
dan sebelas individu lagi menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang ( DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Bagi Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP), seramai 66 penerima yang tersenarai.

Dalam isitadat itu, tujuh individu pula menerima pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) manakala 17 penerima pingat Setia Mahkota Pahang (SMP).

Sebelas lagi menerima pingat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 16 penerima pingat Ahli Mahkota Pahang (AMP), 15 penerima bagi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Kebaktian.

Sumber: Harian Metro