Pelawak Douglas Lim merupakan wajah baharu yang menjadi sebahagian pelakon dalam teater Ola Bola The Musical yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 8 Februari ini.

Memegang watak Mr.Wong, Douglas Lim bakal menggalas watak seorang pemilik kedai kopi yang suka mengkritik dan mengulas mengenai pemain bola sepak Harimau Malaya.

Douglas bagaimanapun sudah mula berlatih bersama pelakon Ola Bola The Musical lain sejak 4 Disember lalu.

Malah latihan dilakukan sebanyak enam hari selama seminggu sejak dua bulan lalu.

Ia merupakan pementasan muzikal bertema bola sepak kedua Douglas selepas Supermokh The Musical.

Selain Douglas, Ola Bola The Musical dibintangi oleh pelakon muda dan berbakat antaranya Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra, Altimet dan ramai lagi.

Wajah-wajah lain yang turut membintangi pementasan itu ialah Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong atau Tauke, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar dan Kai Chalmers sebagai Eric Yong di mana masing-masing merupakan pelakon yang tidak asing lagi di pentas teater.

Sementara itu, Altimet pula muncul sebagai penampilan istimewa dalam Ola Bola The Musical ini dengan membawa watak Drill Sarjan Ahmad, selain bertindak sebagai penggubah lagu untuk pementasan tersebut.

Ola Bola The Musical yang dipersembahkan oleh CIMB ini bakal dipentaskan di panggung sari Istana Budaya pada 8 Februari hingga 11 March 2018.

Thanks @altimet for layaning me to make this silly video. Also special thanks to @thechanmaster @abimaniac @fuzzwayne and @premsagar1416 for being extras. And @ariefdanial22 for being my camera man. Rap Battle backing track by www.kyu-tracks.com. . . . . . . . #douglaslim #altimet #rapbattle #rapbattlepoyo #lawakbodoh #siallahmamatni #setupgilerpanjang #eminem #jayz #havoc #luarbiasa #olabolamusical #kingofmalaysiancomedy #kingofcomedymalaysia

A post shared by Douglas Lim (@thedouglaslim) on

Teks oleh: Syafiqah Jalal