Pelakon, Rab Khalid, 48, yang sinonim dengan filem-filem arahan Mamat Khalid meninggal dunia pada 4.15 petang tadi di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung.

Rab Khalib atau nama sebenarnya Khalid Shamsuri, 47, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, difahamkan kerana sakit jantung.

Berita tersebut telah dikongsi adik Rab atau nama sebenarnya ini Khalid Shamsuri melalui FB abangnya itu.

“Assalamualaikum. Pada sesiapa yang mengenali Rab Khalid, beliau telah kembali ke rahmatullah jam 4.15 petang.

“Mohon doakan bersama semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan beliau ditempatkan dengan orang-orang soleh dan beriman,” tulis adik Rab Khalid.

Difahamkan Rab dikatakan mengadu sakit dada sebelum dimasukkan ke hospital semalam.

Bagaimanapun keadaan Rab atau nama sebenarnya, Khalid Shamsuri semakin tenat sejak awal pagi tadi.

Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Parit Buntar, Perak untuk urusan pengkebumian.

Antara watak Allahyarham yang cukup dekat dengan peminatnya adalah watak Yeh Sekupang yang pernah dibawanya dalam filem Rumah Pusaka Di Simpang Jalan.

Sementara itu, Mamat Khalid turut memuat naik status di FBnya sebaik sahaja mendapat berita tentang pemergiaan sahabatnya itu.



“Tenteram miker di saba Rab,” tulisnya.