Pelakon Ashraf Sinclair akui gembira Yuna bakal menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Ashraf juga mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya adiknya, Adam Sinclair bakal berkahwin.

“Saya gembira untuk menerima Yuna dalam keluarga kami dan akhirnya Adam akan berkahwin.

“Yuna seorang gadis yang manis, saya mengenalinya selepas Adam bawa memperkenalkannya kepada saya.

“Bagi saya cinta tak kenal siapa. Tak penting untuk tahu siapa Yuna dan siapa pun Adam kerana yang penting jodoh sudah pertemukan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Ashraf yang kini berada di Malaysia untuk mempromosi supertelemovie Do[s]a bakal bercuti sehingga majlis pernikahan adiknya, Adam Sinclair dan Yuna yang dijangka berlangsung pada 28 Januari ini.

“Sekarang ini keluarga sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan.

“Saya teruja apabila acara sebegini kami semua dapat berkumpul dan bergembira,” katanya lagi.

Ashraf bakal muncul dalam Do[s]a bersama barisan pelakon-pelakon seperti Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.

Do[s]a ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal