“Hari Ini Dalam Sejarah...”- Hafiz Suip

23 Januari 2018. 10.18 PM
2,373
Hiburan
“Hari Ini Dalam Sejarah...”- Hafiz Suip

Penyanyi popular Hafiz Suip teruja menanti menanti penerimaan penonton terhadap single terbaharunya Hari Ini Dalam Sejarah.

Hafiz Suip atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 27, berkata, selepas dua tahun menyepi tanpa sebarang produk terbaharu, dia berharap peminat sukakan lagu ciptaan hasil ciptaan komposer hebat, Audi Mok dan penulis lirik terkemuka, Shazee Ishak itu.

“Saya tahu peminat-peminat saya di luar sana tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada saya.

"Dan dengan lahirnya single ini dengan pendekatan berbeza, saya harap mereka dapat menerimanya dengan baik dan terus menyokong kerjaya saya sampai bila-bila,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Hafiz Suip lagi, dia menganggap pelancaran lagu terbaharunya itu sebagai satu permulaan baik bagi 2008.

“Syukur ke hadrat Ilahi dengan kehadiran putera sulung kami iaitu Muhammad Riyadh Zafri yang merupakan hadiah paling istimewa sepanjang hidup saya dan dengan munculnya single terbaharu ini, saya harap ia permulaan yang baik bagi tahun 2018.

“Hari Ini Dalam Sejarah menceritakan tentang sesuatu yang bersejarah atau mempunyai makna tertentu yang berlaku pada hari tersebut seperti kelahiran anak saya, tarikh perkahwinan saya dengan isteri dan sebagainya.

“Pelbagai peristiwa yang telah dan bakal berlaku dalam hidup kita sehari-hari dan kadangkala ianya membawa maksud yang istimewa bagi setiap individu dan layak diingati sampai bila-bila.

“Sepanjang bergelar anak seni, bermacam-macam yang telah saya lalui dan tempuhi dan setiap momen saya anggap berharga kerana tanpa pengalaman lepas, saya tidak akan berdiri di sini pada hari ini,” ujarnya.

Penyanyi bersuara emas kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan juara program televisyen realiti popular Akademi Fantasia musim ke-7 pada tahun 2009.

Lagu ‘Hari Ini Dalam Sejarah’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini Dalam’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network


Artikel Berkaitan