Pelawak dan juga hos program popular 2 Days 1 Night, Kim Joon Ho mengesahkan penceraiannya bersama isteri, Kim Eung Young selepas 12 tahun bersama.

Berita itu disahkan menerusi kenyataan rasmi wakil agensinya, JDB Entertainment hari ini.

“Hello ini adalah wakil agensi Kim Joon Ho, JDB Entertainment. Pertama sekali kami ingin memohon maaf kerana memberitahu berita ini dan juga kenyataan mengenai artikel penceraian Joon Ho.

“Selepas berjauhan dan tidak sefahaman menyebabkan mereka membuat keputusan bercerai demi kebahagiaan mereka berdua.

“Joon Ho berasa serba salah terhadap semua orang kerana tidak dapat menunjukkan kehidupan yang bahagia. Jadi dia akan terus mencuba dan melakukan yang terbaik untuk kerjayanya,” jelasnya.

Dalam pada itu, wakil agensinya juga memberitahu pasangan ini berpisah dengan cara yang baik.

“Walaupun mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing namun pasangan ini tetap memberikan sokongan antara satu sama lain.

“Keputusan ini telah mereka ambil selepas berfikir secara mendalam dan melakukan perbincangan antara satu sama lain.

“Kami harap anda semua menghormati keputusan mereka dan tidak menyebarkan perkara yang tidak benar serta memberikan komen-komen negatif. Terima kasih,” katanya.

Sumber: Soompi