Konsert Era Rock Sarawak (KERS2016) menyaksikan hampir 25,000 penonton hadir memeriahkan acara tersebut.

Antara artis terlibat menjayakan konsert yang berlangsung di Padang Merdeka, Kuching Sarawak itu ialah Akim & The Majistret, Hyper Act, Kristal, Projector Band, dan Mus May.

KERS2016 hanya disiarkan secara live dan eksklusif menerusi laman sosial Facebook ERA fm Sarawak.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa momen menarik sepanjang KERS2016 yang berlangsung pada Sabtu lalu:

1.Disebabkan hujang yang turun sehari sebelum KERS2016 berlangsung, keadaan Padang Merdeka sedikit berlecak namun itu bukanlah halangan warga Sarawak untuk ‘join’ konsert.

2.Ketika kumpulan Kristal membuat persembahan, Lan meminta peminat menyanyikan dua tiga rangkap lagu Memburu Impian. Lan kemudiannya tersenyum melihat penonton menyanyi bersunguh-sungguh.

3.Lan turun pentas untuk ‘menyapa’ penonton dan mereka kemudiannya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama vokalis kumpulan Kristal itu.

4.Kumpulan Projektor Band menyanyikan lagu popular mereka, Sudah Ku Tahu versi bahasa Sarawak. “Saya cuba nyanyi dalam bahasa Sarawak, lama dah saya ‘practice’ kalau salah korang jangan gelak tau!” kata Is yang juga merupakan vokalis kumpulan tersebut.

5.Projektor band juga buat pertama kalinya menyampaikan lagu baru mereka berjudul Pasti Ada Kamu secara eksklusif di Sarawak.

6.Kejutan sambutan hari jadi untuk penyampai radio ERA Sarawak, Fir.

7.Tak sabar menunggu Akim & The Majistret membuat persembahan, penonton mula melaungkan nama Akim berulang kali.

8.Akim juga turut memberikan buah tangan kepada penonton di mana dia telah membaling baju t-shirt ke arah penonton sebagai tanda terima kasih kerana hadir ke KERS2016.

9.Bayangkan betapa riuhnya Padang Merdeka apabila seramai 25 ribu penoton berebut nak ambil baju Akim. Tapi malangnya hanya mereka yang berada di barisan hadapan saja yang berjaya. Itu pun Akim sudah cuba membuat balingan sejauh mungkin.

10.Selain Projektor Band, Akim juga turut memilih Sarawak sebagai pentas untuk memperkenalkan lagu baru mereka yang berjudul Lygophobia. Lagu itu uga merupakan ost filem Bisik Pada Langit.