Pelakon Saharul Ridzwan melahirkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan isterinya Deena Emir.

Saharul Ridzwan menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya telah menulis surat terbuka kepada isteri tercinta.

Aktor itu memberitahu dia gembira kerana selama berpuluh tahun mencari pemilik hatinya dan bertemu dengan Deena.

Lebih membahagiakan apabila Muhammad Luth Ali hadir melengkapkan keluarganya.

Saharul meminta agar isterinya turut bersama membantu membimbing keluarganya ke syurga kelak.

Menurutnya luahan tersebut bukan kerana hendak mengambil hati isterinya tetapi ia lahir tulus ikhlas daripada suami.

"Assalamualaikum sayang.

"Surat terbuka utk isteri.

"Terima kasih hadir dan berjumpa saya sejak jodoh kita ditulis di Luth Mahfuz.

"Selama berpuluh tahun sy mencari pemilik hati saya dan ditakdirkan saya menjadi mahram awak, dan sekarang awak hadiahkan saya seorang amanah Allah, anak kita Muhammad Luth Ali,InShaaAllah buat selama lamanya.

"Bantulah saya supaya keluarga kita bersama sama di syurga Allah.

"Tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk mengambil hati sayang untuk Ali bertemankan seorang adik, tetapi tulus ikhlas dari suami," tulisnya.

Rata-rata pengikut IG memuji kasih sayang yang ditunjukkan Saharul kepada isterinya dan berpendapat pelakon itu sangat romantis bila bersama isterinya.

Assalamualaikum sayang. . Surat terbuka utk isteri @deenaemir ?. . Terima kasih hadir dan berjumpa saya sejak jodoh kita ditulis di Luth Mahfuz. Selama berpuluh tahun sy mencari pemilik hati saya dan ditakdirkan saya menjadi mahram awak, dan sekarang awak hadiahkan saya seorang amanah Allah, anak kita Muhammad Luth Ali,InShaaAllah buat selama lamanya. Bantulah saya supaya keluarga kita bersama sama di syurga Allah. Tujuan surat ini ditulis bukanlah untuk mengambil hati sayang untuk Ali bertemankan seorang adik, tetapi tulus ikhlas dari suami. . Cc guna machinegun: @deenaemir ❤️

A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@saharulridzwan) on

Foto: Instagram Saharul Ridzwan

Teks oleh: Syafiqah Jalal