Penyanyi Hafiz Suip belum bersedia mendedahkan wajah anak sulungnya yang baru dilahirkan pada 31 Disember 2017.

Hafiz Suip menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa belum mendedahkan wajah anaknya.

Menurut Hafiz dia menghormati pantang larang yang diajar dari turun temurun keluarganya.

Penyanyi lagu Awan Nano itu menjelaskan perkara tersebut selepas ramai yang bertanya kenapa hingga kini tidak mendedahkan wajah anaknya.

Menerusi entri tersebut, Hafiz turut memuat naik fotonya mendukung bayinya sambil menutup wajah anaknya dengan tangan.

Hafiz dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah berkahwin pada 14 Mei 2016.

Ramai yg bertanya kenapa tak nak tunjuk muka anak dulu tetapi saya menghormati pantang yg di ajar dari turun temurun. #selagiorgtuamasihadahormatilahmereka #sabarituiman?

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Foto: Instagram Hafiz Suip
Teks oleh: Syafiqah Jalal