Pelakon dan anggota kumpulan f(x), Krystal menegaskan tidak akan kembali kepada bekas kekasih.

Krystal memberitahu perkara tersebut sewaktu sesi temubual mengenai drama lakonannya berjudul Prison Playbook bersama Park Hae Soo baru-baru ini.

“Pada saya kalau berpisah itu maknanya penamat dalam hubungan kami. Saya bukan jenis orang yang suka mengawal seseorang dalam hubungan.

“Tetapi saya sangat bencikan sikap main-main atau memaksa dalam perhubungan.

“Kalau suka maksudnya suka dan kalau tak suka, sudah,” katanya.

Sebelum ini, Krystal pernah menjalinkan hubungan cinta dengan anggota kumpulan EXO, Kai pada April 2016.

Namun pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada penghujung May 2017 kerana sibuk dengan kerja.

Sumber: Allkpop