Coolnya! Achey Naik RXZ Hantar Teddy Bear Gergasi Untuk Abam

21 Januari 2018. 11.06 AM
8,872
Hiburan
Coolnya! Achey Naik RXZ Hantar Teddy Bear Gergasi Untuk Abam
Jika sebelum ini penghantaran ‘Teddy Bear’ gergasi sinonim sebagai hadiah yang diberikan oleh teman lelaki kepada kekasih namun lain pula baginya buat pelawak Achey Bocey.
 
Achey memberikan sedikit kelainan dengan menghantar ‘teddy bear’ gergasi kepada Abam sebagai hadiah perkahwinannya pada majlis resepsi pihak lelaki yang berlangsung di Kg Sungai Salak, Jalan Gombak, Kuala Lumpur semalam.
 
Menariknya, Achey sendiri yang membuat penghantaran istimewa tersebut dengan menaiki moto RXZ dengan cara meletakkan patung itu dibahagian belakangnya sebagai pembonceng dan mengikat dengan menggunakan tali.
 
Achey juga telah berkongsi beberapa foto menarik yang merakamkan wajah gembira Abam selepas menerima hadiah itu.
 
“Hari ini ada special delivery untuk @abam_bocik, happy birthday Abam dan selamat pengantin baru,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, tindakan Achey dilabelkan sebagai sweet dan rata-rata pengikutnya mendoakan agar persahabatan mereka berkekalan hingga akhir hayat.
 
 

Dilevery sampai yeayyyy!!!!....

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

 

Misi teddy bear @abam_bocik n @mrs_abam berjaya... tahniah korang.... #bocey

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Foto: Instagram @acheykintangkintung

Teks oleh: Mya Amri

Artikel Berkaitan