DAIYAN TRISHA dan Daniel Woodroof dipilih sebagai pembuka lembaran baharu tahun 2018 sekali gus tirai sulung edisi khas Gempak Eksklusif.
Debut Daiyan untuk filem Girlfriend Kontrak (2015) membuka ruang untuk sutradara menyuntingnya untuk menjadi tunjang filem Busker yang sedang rancak ditayangkan kini.
Seiring dengan ledakan kerjaya seninya, Daiyan terus memacu notasi muziknya menerusi beberapa single yang semakin mendapat tempat di hati pendengar; Kerana Kau, Stargazing, Boy My Dream, Cinta Suka Sayang Kamu & Kita Manusia.
Daniel Woodroof, si anak muda berdarah Perlis-Eropah menjadi jagoan litar lumba menghampiri sedekad dan telah mengharumkan nama negara menerusi beberapa siri perlumbaan berprestij taraf antarabangsa.
Berbekalkan wajah tampan dan kefasihan mencatur kata di hadapan lensa kamera, Daniel melebarkan sayap ke dunia pengacaraan menerusi Go Fast Or Go Home.
Kini, Daniel terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan dan pengurusan acara, mengembangkan senarai portfolio kariernya dalam usia masih muda.
Daiyan dan Daniel disatukan untuk berkongsi spektrum milenial yang lebih segar dan keterbukaan untuk mencabar diri dalam eksplorasi kepakaran berbeza-beza.
Ikuti bual bicara pendek bersama Daiyan Trisha dan Daniel Woodroof sempena edisi sulung Gempak Eksklusif 2018.
Daiyan Trisha Nasaruddin mahu menjadi artis kerana populariti atau minat?
Saya okey dengan progres yang berlaku dalam kerjaya peribadi dan seni saya. Tidak pernah pun terfikir untuk menjadi popular, ia bergerak dalam tempo yang sihat. Pada mulanya menyanyi kerana minat, kini semakin ramai yang kenal saya.
Bidang muzik atau lakonan?
Saya pilih kedua-duanya! Saya bermula sebagai penyanyi dan apabila terbabit dalam filem muzik seperti Busker, saya boleh jalinkan kedua-duanya dalam satu masa. Jadi, Busker menjadi naskhah yang sangat nostalgik dan emosional bagi saya.
Secara realitinya, anda pernah Busking?
Pernah ketika zaman sekolah di Central Market dan sekitar Kuala Lumpur. Ketika itu saya baru kenal apa itu Busking, bukan senang tau... Kalau dapat ganjaran (duit) itu bonus tetapi yang penting minat. Kalau ada peminat, passion, produk sendiri, muzik, buat sahaja mana-mana mesti berjaya.
Apakah pengalaman menarik sepanjang penggambaran Busker?
Filem ini menjalani penggambaran pada Disember 2016 dan saya diberikan peranan Vera, seorang gadis kolej yang meminati muzik. Hari pertama penggambaran saya rasa menyesal sebab perlu berjauhan dengan keluarga, saya cuak dan rasa tidak mampu. Namun, lama-kelamaan produksi Busker menjadi seperti keluarga saya sendiri.
Lagu paling diminati dalam Busker?
Ingat. Sebab ini single yang saya ciptakan untuk filem Busker. Lagu ini menceritakan kisah kita teringatkan seseorang. Basic!
Bagaimana anda mendapat ilham mencipta lagu atau menulis lirik?
Biasanya saya perlu bersendirian untuk menulis lirik, manakala melodi lagu akan muncul apabila saya dalam bilik air. Kelakar kan!
Jika diberikan dua pilihan, menari di hadapan orang ramai atau ditinggalkan di lokasi asing untuk pulang sendiri ke rumah. Mana satukah pilihan anda?
Saya sangat teruk untuk membaca arah dan petunjuk, jadi saya pilih untuk menari sebab itu pun sebahagian daripada minat saya.
Lelaki bagaimanakah idaman anda?
Saya suka lelaki yang berakhlak, tahu apa yang betul dan salah. Beradab, hormati orang tua, matang dan pandai menjaga hati.
Jika saya tidak mengenali anda, siapa Daniel Woodroof sebenarnya?
Saya anak jati Kangar, Perlis. Lebih dikenali sebagai pemandu kereta lumba dan terbabit pula dalam dunia pengacaraan televisyen. Kemudian saya melangkah ke bidang perniagaan bermula sebagai Eksekutif Projek Vision Division di APW, Bangsar dan bakal menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan Antarabangsa di Loughborough University, England tidak lama lagi. Oh! No relationship at this moment.
Apa yang membezakan kereta di litar lumba dan kereta di jalan raya?
Kereta litar lumba tiada pendingin udara, memang sangat panas. Brek kereta lumba seberat 90 kilogram dan kelajuannya boleh mencecah hingga 240 kilometer/jam.
Bagaimana boleh bermula kerjaya sebagai pelumba kereta?
Saya minat Formula 1 sejak dari kanak-kanak jadi ketika berusia 12 tahun bapa saya mula memperkenalkan saya dengan Go-Cart. Pada Julai 2008, itu perlumbaan sulung saya dan langkah demi langkah saya atur hingga hari ini.
Apa lagi kebolehan lain yang orang tidak tahu?
Saya boleh main tenis dan suka dengar muzik hip hop dan R&B. Saya boleh menyanyi, tapi dalam bilik air sahaja!
Labah-labah atau kucing?
Dua-dua saya tidak suka! Saya alergik kepada bulu haiwan dan saya benci labah-labah.
Spageti atau nasi goreng sambal belacan?
Nasi goreng sambal belacan. Kalau dapat ayam masak kicap dan sambal telur lagi best!
Apakah nasihat anda untuk golongan muda yang mahu menjadi pelumba kereta?
Mulakan dengan litar Go-Cart, belajar segalanya tentang kereta dan trek. Kemudian, masuk akademi misalnya Stratos Racing School dan belajar lebih mendalam dengan jurulatih. Kemudian lebarkan sayap anda!
Teks oleh: Amri Hassan
Wardrobe: Zalora
Amri Hassan
Sat Jan 20 2018
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”
Caprice enggan ulas isu Aliff Aziz.