Chris Hemsworth Tanya Ibu Mengenai Perkahwinan Adiknya Dan Miley Cirus

19 Januari 2018. 6.17 PM
2,078
Hiburan
Chris Hemsworth Tanya Ibu Mengenai Perkahwinan Adiknya Dan Miley Cirus
Aktor kacak, Chris Hemsworth akhirnya membuka mulut mengenai gosip yang mendakwa adiknya, Liam Hemsworth sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan Miley Cyrus.

Bintang filem Thor itu memberitahu dia sudah bertanyakan mengenai gosip itu kepada ibunya sendiri.

"Saya bertanya pada ibu tentang perkahwinan mereka (Liam dan Miley).

"Dan ibu saya beritahu mereka berdua belum memberitahu apa-apa tentang pernikahan,” katanya seperti yang dilapor E!

Spekulasi mengenai perkahwinan tersebut bertambah kukuh apabila beberapa foto pasangan itu menghabiskan waktu bercuti bersama dengan keluarga Liam tersebar di internet.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi baik dari Miley ataupun Liam itu sendiri justeru membuatkan banyak pihak tertanya-tanya dan mahu tahu perkembangan mengenai pasangan itu.

Sumber: E! News


Artikel Berkaitan