Pasangan selebriti Beyonce Knowles dan Jay-Z telah menghadiahakan seutas gelang berharga RM83,105 kepada anak ketiga Kim Kardashian dan Kanye West yang dilahirkan pada Selasa lalu.

Menurut laporan Hollywoodlife, gelang tersebut merupakan rekaan Lorraine Schwartz yang dihasilkan khas untuk bayi Kim Kardashian.

"Beyonce dan Jay sangat gembira mengenai berita kelahiran itu. Mereka tidak sabar untuk bertemu dengan bayi tersebut dan sudah mengirim hadiah lebih dulu.

"Mereka juga sebelum ini telah memberi hadiah kepada kedua-dua anak Kim iaitu North dan Saint.

"Kanye yang menerima hadiah itu juga turut melahirkan rasa gembiranya diatas pemberian yang diberikan kerana dia menganggap Jay sebagai abangnya dan Beyonce adalah salah satu teman terbaiknya," kata sumber.

Sehingga kini, pasangan Kim dan Kanye juga masih tidak mendedahkan gambar anak mereka kepada umum.

Tambah sumber, mereka hanya akan mengeluarkan gambar bayi ketiga itu selepas dua bulan seperti yang dilakukan untuk North West dan Saint West.

Sumber: Hollywoodlife