Akaun media sosial Instagram (IG) milik pelakon popular, Datuk Adi Putra dihujani ucapan tahniah oleh pengikutnya selepas memuatnaik foto bersama isteri, Datin Aida Yusof.

Menerusi entri tersebut Adi telah berkongsi dua foto romantis bersama isteri dan menulis kapsyen, ‘18.1.18...12 tahun bersatu kembali.

Berita tersebut disambut gembira oleh peminat dan pengikut Adi termasuk rakan-rakan selebriti yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan menyatakan jodoh Adi dan Aida sangat kuat.

Selain itu mereka turut mendoakan perkahwinan Adi dan Aida kali kedua ini berkekalan sehingga akhir hayat.
Sementara itu, rakan baik pasangan itu, Datuk Nurulhidayah Zahid iaitu anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah di IG miliknya.

Nurul memuat naik foto Adi sedang menyarungkan cincin ke jari Aida dan pada entri tesebut juga, beliau sempat bergurau menerusi kapyen ditulisnya.

“Salam Tahniah dari Madinah buat @adpadiputra & @aidayusof15...Proud of both of u "Selamat Pengantin Baharu" ehhh.. lama.. Eh.. Baharu.. Ehhh,” tulisnya.



Adi Putra selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya, Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43, pada Khamis (semalam).

Adi dan Aida berkahwin buat kali pertama pada 14 April 2006 dan mempunyai seorang anak angkat, Zara Adelia yang kini berusia enam tahun.


Foto: Instagram Adi Putra/ Nurulhidayah Zahid