Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, Era Sarawak akhirnya tampil menyajikan sepenuhnya kadungan radio tempatan dengan barisan penyampai dan kandungan program yang lebih bersifat lokal.

Menurut Pengurus Besar Astro Radio Bahagian Sabah & Sarawak, Hafizuddin Nizamudin, berkata, Era Sarawak kini tampil dengan kandungan lokal yang akan membuatkan mereka lebih dekat dengan pendengar.

"Kami mengambil pendekatan ini bagi memantapkan lagi stesen radio nombor satu di Sarawak itu dengan kandungan untuk orang tempatan.

"Kali ini Era Sarawak akan berdiri sendiri dengan 100 peratus pengisian lokal dan kesemua penyampai terdiri daripada orang Sarawak.

"Kami akan menggunakan sepenuhnya bahasa Sarawak dan menampilkan beberapa penyampai baharu dengan susunan kandungan yang padat serta menghiburkan.

"Diharapkan dengan pembaharuan ini akan dapat menarik minat pendengar untuk mendengar radio Era Sarawak dan tetap menjadikannya sebagai pilihan radio utama mereka," katanya kepada Astro Gempak.

Hafizuddin berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan baharu penyampai Era Sarawak, yang diadakan di Hotel Pullman, Kuching, baru-baru ini.

Menurut Hafizuddin, mereka juga memperkanalkan beberapa segment baru iaitu Pagi Era Sarawak, Berdepergh-depergh Era, Ohaa Era dan Ilek Lok Era.

Berikut merupakan penyampai Era Sarawak: