Pelakon Ruhainies enggan mengulas lanjut mengenai kemelut bayaran tertunggak sebagai duta produk kesihatan mata tahun lalu.

Jelas Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 26, dia masih menunggu budi bicara pihak terbabit dan mahu berbincang dengan cara baik sebelum mengambil sebarang keputusan.

"Saya malas ambil pusing tentang perkara yang berlaku sebab ada banyak lagi urusan yang lebih penting untuk saya laksanakan sepanjang tahun ini.

"Saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab dan menunggu budi bicara selanjutnya. Kalau boleh saya mahu berbincang secara baik dahulu.

"Kalau boleh selagi isu ini belum selesai saya tak mahu mengulas panjang," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Ruhainies menuntut bayaran RM75,000 sebagai duta produk kesihatan mata yang merupakan baki tertunggak sejak Julai hingga November tahun lalu.

Tuntutan itu dilakukan menerusi notis yang dihantar oleh peguamnya.

Isu menjadi lebih rumit apabila Ruhainies didakwa telah melanggar kontrak dengan memuat naik gambar ulasan produk kecantikan lain di Instagram.

Disember lalu, pelakon itu menerima surat memintanya membayar pampasan kerana melanggar kontrak sebanyak RM100,000 dalam masa tujuh hari.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ruhainies7 @shahrizanshafie