Aktres Datin Diana Danielle kini muncul dengan imej baru dengan gaya potongan rambut pendek.

Diana berkongsi gaya rambut terbaru ala boy cut itu menerusi beberapa foto yang dimuat naik di ruangan Instagram Stories.

Diana turut sempat mengusik pengikut laman Instagramnya dengan memuat naik sekeping foto bersama kapsyen, "Abang dah makan. Sayang?"

Diana kini sedang berada di Iskandar Puteri, Johor untuk sesi latihan perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Ramai peminat memuji kecantikan gaya rambut terbaru Diana yang kelihatan segar.

Diana juga mula membuka semula ruangan komen di laman Instagram selepas menutupnya selama beberapa hari berikutan kes yang melibatkan suaminya, Datuk Farid Kamil yang ditahan polis kerana terlibat dengan kes menampar anggota polis.

Janna Nick yang turut berada di acara sama juga sempat memuat naik video penampilan baru Diana di ruangan Instagram Stories.

Janna sempat berseloroh dengan Diana dengan memanggilnya sebagai Abang DD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal