Tak Mahu Yusuf Bekerja, Hanis Zalikha Tolak Tawaran Berlakon Untuk Anaknya

18 Januari 2018. 10.37 AM
6,784
Hiburan
Tak Mahu Yusuf Bekerja, Hanis Zalikha Tolak Tawaran Berlakon Untuk Anaknya
Pelakon Hanis Zalikha akui belum bersedia untuk memberi anaknya, Yusuf Iskandar, 2, bekerja dengan komitmen yang berat seperti berlakon.

Hanis Zalikha berkata dia sudah menolak beberapa tawaran berlakon sejak Yusuf bayi lagi.

“Sebenarnya sebelum usia dia setahun lagi Yusuf banyak terima tawaran berlakon termasuk cameo dalam sebuah filem.

“Tapi Hairul tidak mahu anaknya berlakon kerana ia memerlukan masa tertentu serta mengikut skrip.

“Saya dan Hairul bimbang Yusuf penat dan tidak mahu dia bekerja dan biarlah kami sahajanyang mencari rezeki untuknya,” katanya kepada Astro Gempak.

Hanis dan Hairul serta Yusuf ditemui pada sidang media My Little Heroes di Blokke Cafe, Citta Mall di sini, semalam.

Yusuf bakal bergandingan dengan kucing peliharaan keluarganya, Bujibu Chempel dalam My Little Heroes-Yusuf&Bujibue dan akan menampilkan aktiviti harian mereka yang sering mencuit hati peminat.

Pun begitu, Hanis bersetuju menerima tawaran program realiti anaknya, Yusuf kerana ia mengikut masa dan keselesaan anaknya yang masih kecil.

“Kami ambil masa lama juga untuk menerima tawaran ini kerana ia melibatkan sebahagian hal peribadi kami,

“Namun kami terima kerana ia satu penghargaan apabila ada stesyen televisyen yang mahu merakamkan aktiviti harian kami untuk dipertontonkan.

“Yusuf juga tidak perlu berlakon atau bekerja sebaliknya menjalani kehidupan seharian seperti biasa sepanjang proses penggambaran.

“Penonton boleh lihat keakraban Yusof dan kucing kami yang bermain bersama sejak Yusuf lahir lagi,” katanya lagi.

Program lapan episod itu bakal bersiaran pada setiap hari Rabu, 9 malam menerusi Astro Ria dan Ria HD bermula 31 Januari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan