Tinggal dua minggu sahaja lagi penyanyi popular Yuna bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya, Adam Sinclair.

Seperti kebanyakan bakal raja sehari lain, Yuna juga tidak ketinggalan mengadakan parti bujang atau bachelorette party bersama teman-teman rapatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yuna berkongsi rasa gembira dan teruja dapat meluangkan masa bersama teman-teman yang pernah menjadi teman sebiliknya di universiti.

13 years and counting! tonight was special i get to properly hang out with my roommates from university, just like old times! Thank you @heliumnkonfetti & @whichkraftprojekt for the beautiful decor, @lilylolacakes for our dessert table, @katrinagumal for making these embroidery on @novemberculture pantsuits in such short notice, and @saujanahotelsandresorts for our lovely suite! ps: i actually went to law school and graduated. trust me i dont know how i did that either??‍♀️ #yunaverwalkalone ???

A post shared by Yuna (@yunamusic) on


Yuna bersama enam lagi sahabatnya yang telah mengenali antara satu sama lain sejak 13 tahun lalu, mengenakan pantsuits baldu berwarna peach.

[[BACA: Yuna & Adam Sinclair Sanding 28 Januari 2018]]

Majlis tersebut yang diadakan di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam itu nampak ringkas dan manis tetapi meriah.

Kepada si darah manis Yuna, semoga urusan menuju hari bahagia dipermudahkan.

Majlis perkahwinan Yuna dan Adam akan diadakan di Putrajaya Convention Centre.



Foto: Instagram