Wan Maryam Nama Anak Sulung Fizo Omar & Mawar

12 Januari 2018. 5.05 PM
19,363
Hiburan
Wan Maryam Nama Anak Sulung Fizo Omar & Mawar
Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Abdul Karim mendedahkan wajah cahaya mata sulungnya, Wan Maryam selepas dua minggu bayi comel itu dilahirkan.
 
Mawar berkongsi foto anak perempuannya itu menerusi entri terbaru di Instagram (IG) hari ini.
 
Foto berkenaan turut disertakan dengan kapsyen:
 
“Assalamualaikum auntie uncle semua,nama saya diberi oleh bapa dan mama saya, Wan Maryam bt Wan Hafizol.
 
“Hari ini saya dah 2 weeks. Saya dilahirkan pada hari Jumaat 29 December jam 4.01 petang. Doakan saya semoga menjadi anak soleha di dunia & akhirat.
 
“Nanti saya akan ganti Mama saya jadi Fareeda junior @fareedagroup. (Gambar ini sewaktu saya ada jaundice tapi Alhamdulillah sekarang dah baik),”
tulisnya.
 

Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu.
 
[[BACA: "Bersalin Pun Cantik!" - Tahniah Fizo & Mawar Dapat Bayi Perempuan]]
 
Foto: IG @fizoomar/ @mawar_karim
 

Artikel Berkaitan