Ekoran gaya pemakaian dan penampilan yang hampir sama dengan selebriti antarabangsa Kim Kardashian, pelajar pintar Malaysia, Dr. Amalina Che Bakri sering dilabelkan dengan gelaran Kim Kardashian Malaysia. Suka atau tidak, Amalina menerusi Twitternya menegaskan dia tidak mahu disamakan dengan sesiapa termasuk Kim Kardashian. "Hentikan perkara merepek ini!" tegasnya di Twitter. Stop this nonsense please https://t.co/AKro1wi9oD — Amalina Bakri (@DrAmalinaBakri) 10 Januari 2018 Hal itu dibangkitkan Amalina apabila sebuah portal tempatan menyamakannya dengan Kim Kardashian baru-baru ini. Isu itu menarik perhatian penyanyi Yuna yang menyokong tindakan Amalina. Malah, netizen juga menyokong pendirian Amalina untuk tidak disamakan dengan mana-mana selebriti. "Anda jauh lebih baik daripada Kardashians," tulis @hnsyrhx. "Ini cuma metafora, itu maknanya anda sangat menawan," puji @aqeef1780. Amalina melakar rekod apabila menjadi pelajar Malaysia pertama memperoleh keputusan cemerlang 17A1 dalam SPM tahun 2004. Kini Amalina sedang bertugas sebagai pelatih jurubedah di The Royal College of Surgeons of England selepas menamatkan pengajian di University of Cambridge. Teks oleh: Amri Hassan Sumber: Twitter, IG @dramalinabakri
"Saya Seorang Sahaja Yang Orang Tak Kenal" - Dee Alhadi Kongsi Pengalaman Shooting 3 Gadis Manis 25 Apr 2018
“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” - Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman Layan Pembantu Rumah 107,668
Alamak! Radin Bawa Awek Keluar Makan Tapi Tertinggal Wallet? Nasib Baik Ada Boost App Sebagai eWallet! 84,056