Bapa kepada pelakon Sharifah Shahirah, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman meninggal dunia pada pukul 9.15 malam Khamis di Hospital Ampang.

Sharifah Shahirah memaklumkan berita kematian ayahnya itu menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya.

"Terima kasih atas doa semua, Alhamdulilah mudah abah pergi berjumpa penciptanya di malam Jumaat. Malam barakah, Insya-Allah syurga buat abah.

“Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak-anak dan sanak-saudara," tulisnya.

Kata Shahirah, jenazah bapanya kini berada di kediamannya di Taman Melawati, di sini, dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 11 pagi Jumaat.

Sebelum ini bapa Shahirah dimasukkan ke hospital selepas terkena jangkitan paru-paru.