Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal menimang puteri sulung pada Mac depan.

Perkongsian tersebut dibuat Siti dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Instagramnya tengahari tadi selepas mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan selamat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 hari ini.

Entri tersebut telah menjadi tular dan ditonton hampir setengah juta kali dan dihujani 6,500 komen setakat ini.

Rata-rata komen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan kepada Siti dan anak di dalam kandungannya.

Mereka turut meninggalkan ucapan selamat hari lahir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.

Alhamdullillah,Doakan agar semuanya di permudahkan & di kurniakan puteri yang soleha penyejuk mata & hati seluruh keluarga .. aamin .. #happybirthdaysitinurhaliza #11.10pagi #11january2018

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Sebelum ini, Siti pernah memberitahu bakal menamakan anaknya Siti jika dia seorang perempuan dan A sekiranya lelaki.

Siti turut memberitahu akan membuka akaun Instagram khas buat anak sulungnya itu.

[[BACA: "A Kalau Lelaki, Siti Kalau Perempuan" - Siti Bagi 'Teaser' Nama Anak]]

Sementara itu, bagi yang ingin melihat gelagat penyanyi kesayangan ramai ini bercuti di Portugal, Sepanyol dan Dubai bersama keluarga besarnya, jangan lepaskan peluang menonton rancangan jurnal percutian CTDK-ation.

CTDK-ation bersiaran setiap hari Jumaat pukul 9 malam di saluran Astro Ria.