Gara-gara memuat naik video ketika sedang mencari pakaian dalam untuk anak perempuannya, Cik B, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) dikecam pengguna laman sosial.

DSV memuat naik video tersebut di laman Instagram miliknya, @datoserivida bersama kapsyen: “Nak girl girl-kan Cik B. Haha.”

Netizen mula memenuhi ruangan komen laman Instagram DSV dengan kecaman.



Ada yang menuduh DSV menjatuhkan maruah anaknya dan berpendapat video tersebut tidak patut dimuat naik.



Netizen juga menyifatkan video tersebut kurang sopan untuk dimuat naik di laman Instagram DSV.



Namun begitu, ada juga yang melihat video tersebut sebagai salah satu gurauan DSV kepada Cik B.



Ada yang berpendapat DSV mahu Cik B yang terkenal dengan pakaian ala gadis lasak atau ‘tomboi’ memakai pakaian yang lebih bercirikan ‘girlish’.



Netizen juga memuji DSV kerana masih mempunyai masa memikirkan mengenai perkembangan anak yang meningkat dewasa biarpun sibuk dengan urusan perniagaan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto & Video: Instagram DSV

Nak girl girlkan Cik B.. . . Ha ha . @cikb_havoc66

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on