Penyanyi dan pelakon Erra Fazira menegaskan isu berkaitan dengan Shahir tidak harus dilibatkan dalam kerjayanya.

"Saya mengatur perjalanan kerjaya selama 25 tahun tanpa melibatkan perkara berkaitan peribadi. Jadi, apa kena mengena Shahir dengan kerjaya saya?

"Tahun 2018 ini menjadi tahun untuk saya fokus dalam kerjaya saya sebagai anak seni dan usahawan. Apa sahaja keputusan yang berkaitan dengan kerjaya tidak ada kena mengena dengan peribadi saya dan semuanya dibuat atas dasar profesional.

Mengakui masih berhubung baik dengan Shahir, Erra tidak bertayakan mengenai hal peribadi teman rapatnya itu.

"Keadaan antara saya dan dia masih sama. Bercakap mengenai hubungan, saya mengakui masih berkawan dan berhubung baik dengan Shahir.

"Saya pasti ada yang mahu bertanya mengenai masalah peribadi Shahir tetapi saya ingin tegaskan yang semuanya bukan masalah saya.

"Saya tak mahu masuk campur. Saya pun tidak bertanyakan mengenai hal peribadi Shahir kerana saya tahu batas," kata Erra.

Dalam perkembangan lain, Erra kini mengambil keputusan untuk berada di bawah syarikat pengurusan MindOrder Sdn Bhd.

"Saya percaya perjalanan kerjaya seni saya akan lebih teratur selepas berada di bawah pengurusan MindOrder.

"Saya mahu terus berusaha memberikan terbaik dalam bidang lakonan, nyanyian serta pengacaraan untuk semua peminat yang tidak henti menyokong kerjaya seni saya," katanya lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Erra