Apa yang akan anda lakukan jika artis kegemaran anda sendiri menjadi pemandu perkhidmatan Grab Car yang semakin popular sekarang?

Ini yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter yang terserempak dengan juara Singapore Idol 2006, Hady Mirza yang menyediakan servis Grab Car di negara republik itu beberapa minggu lalu.

Tulis pemilik akaun @HanisRojo, dia tidak menyangka Hady Mirza menjadi pemandu Grab Car yang ditempahnya.

"Saya dalam kereta bersamanya (Hady) sekarang. Macam nak ber-selfie tapi malulah," tulisnya menjawab pertanyaan pengguna Twitter lain.

Malah, lelaki itu juga meluahkan rasa gembira apabila bertemu dengan penyanyi tersebut.

Sementara itu, lapor akhbar Straits Times, Hady sememangnya berdaftar sebagai pemandu Grab Car menggunakan nama sebenarnya, Muhammad Mirzahady Amin.

Malah, akhbar itu juga mengesahkan kesahihan akaun berkenaan dan mendapati Hady memandu Toyota Wish dan memperoleh penarafan lima bintang.

ama Hady Mirza mengecap populariti kalangan warga Singapura selepas memenangi siri TV realiti 'Singapore Idol' pada 2006.

Beliau yang kini berusia 37 tahun itu kemudian menjuarai Asian Idol pada 2007, mengalahkan pemenang Idol lain dari Malaysia, Indonesia, India, VIetnam dan Filipina. Malaysia ketika itu diwakili Jaclyn Victor.

Hadi sudah merakamkan dua album, masing-masing pada 2006 dan 2008. Album pertamanya memperoleh status platinum hanya selepas empat hari diterbitkan.

Bagaimanapun Hady bukan satu-satunya individual terkenal yang memandu untuk perkhidmatan e-hailing berkenaan.

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter, Straits Times