Pelawak Abam Bocey tidak mahu mengambil peduli tentang kecaman diberikan terhadap misi untuk menguruskan badannya.

Sebaliknya, Abam menjadikan kutukan tersebut sebagai penguat dan pembakar semangat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Kuatkan minda, teguhkan semangat, gigihkan usaha. Nyalakan api dalam hati. Jadikan kecaman sebagai pembakaran terbuka untuk maju, #kitabaikramaisayang #taksukabolehjalan,” tulisnya di akaun Instagram baru-baru ini.

Entri tersebut turut disertakan dengan hahstag #misimengecil yang digunakan oleh Abam sejak 3 Januari lalu.

Menerusi ruangan komen entri tersebut, rata-rata peminat Abam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kritikan diberikan oleh seorang pengikut dengan menggunakan Id @kecikcicakk52 yang mempersendakan niat baik Abam.

“@abam_bocik biasalah abam. Manusia jenis dengki ni. Memang bacul. Berani di alam maya je. Abaikan sampah macam ni,”- @paradox

Mereka juga meminta Abam supaya tidak terkesan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan dan memberikan semangat kepada pelawak itu supaya meneruskan misinya.

“Biarkan mereka mengata abam. Nanti dah kurus pun ada gak yang nak kecam. Gemuk salah kurus pun salah. Jadi semua serba salah. Selagi ada mulut kan. Dah pernah kena. Bila badan naik balik pun orang tegur. Susah nak puaskan hati bernama manusia.

"Bertabahlah! Macam Abam cakap jadikan setiap dugaan ni pemangkin untuk kita berjaya. Akak sokong usaha Abam untuk kurus. Fikirkan kesihatan diri. Health is wealth.! Never give up okay,”- @yanzrazli


Bagaimanapun, pengguna id tersebut telah memadamkan komennya selepas dibalas oleh Abam dan teruk dihentam peminat pelawak berkenaan.



Foto: Instagram @abam_bocik