Pertanyaan Akim Ahmad kepada isterinya bertukar lucu apabila isterinya itu memberi jawapan tidak diduga.

Akim menerusi akaun Instagram (IG) telah mengucapkan selamat pagi sambil bertanya samada pengikutnya sedang bersarapan.

Namun, entri tersebut mendapat perhatian peminat apabila Stacy menjawab entri tersebut dengan menulis di bahagian komen.

"Tak sarapan lagi ni bang...Tunggu mee kuning u kat kepala tu nak buat breakfast..Cepat-cepatlah habiskan kerja tu balik dengan selamat ok..Penat layan merajuk anak u yang jeling tak habis bila tengok gambar-gambar u kat sana"

Komen Stacy itu telah membuatkan peminat berasakan pasangan itu lucu dan ‘sweet’.

Rata-rata pengikut IG turut membalas komen Stacy dengan emoji ketawa dan jawapan Stacy itu dianggap paling 'win'.

Komen tersebut turut mendapat 164 'likes' daripada peminat mereka.

Menerusi entri tersebut, Akim memuat naik fotonya berambut 'blonde' bersama ahli kumpulan Akim & The Majistret yang ketika ini berada di Korea.

Selamat Pagi, Dah sarapan ke tu? @AirAsia @suriamalaysia @drmartens_my @wiyomy @cstproduction #AirAsiaXJeju #DiscoverNewJeju #JejuIsland #VacayWithAirAsiaX #SuriaMalaysia #SegalanyaHiburan #DrMartensMY #KembaraLaguUntukLaila #PlanetATMSG

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on