Pelakon popular Bollywood, Deepika Padukone dilaporkan telah bertunang dengan kekasihnya Ranveer Singh semasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 baru-baru ini.

Menurut laporan India Today, Deepika dan Ranveer telah melangsungkan majlis itu secara tertutup di sebuah pulau di Sri Lanka.

"Mereka telah pergi ke sana bersama-sama untuk bercuti dan Ranveer dikatakan telah melamar Deepika.

"Mereka juga melangsungkan majlis pertunangan di sana dan cuma dihadiri oleh beberapa kenalan terdekat sahaja.

"Ranveer juga sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk berkawhin dalam masa terdekat ini memandangkanya usianya kini sedang meningkat dewasa," kata sumber.

Namun sehingga kini pihak pengurusan Ranveer dilaporkan enggan mengulas mengenai perkara ini.

Sumber: India Today