Ivanna Alashkar Nama Anak Ramona Zamzam

Hiburan
Ivanna Alashkar Nama Anak Ramona Zamzam
Buat pertama kali, pelakon Ramona Zamzam memperkenalkan wajah bayi sulungnya selepas dilahirkan pada 7 Disember lalu.

Sebulan melahirkan, Ramona turut memperkenalkan nama bayi perempuannya iaitu Ivanna Alashkar.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya Ramona berkongsi video saat pertama kali menatap wajah anaknya selepas selamat bersalin.

Meskipun tidak mendedahkan sepenuhnya wajah anaknya, namun rata-rata peminatnya teruja melihat hidung anaknya yang mancung dari sisi tepi.
 

Sementara itu, menerusi akaun IG rasmi HLive telah berkongsi maksud nama puteri Ramona iaitu hadiah terindah dari Tuhan.

Ramona yang berkahwin dengan seorang warga Palastin, Rami Alashkar itu melahirkan bayinya seberat 3 kilogram (kg) di Hospital Colombia, Setapak.
 

Foto: Instagram Ramona Zamzam/ Official HLive

Artikel Berkaitan