Anak kepada pelakon Fizo Omar dan usahawan Mawar Karim terkena jangkitan demam kuning.

Fizo berkongsi perkhabaran tersebut menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya, @fizoomar.

"Daddy dan Tok Ma bawa baby check up hari ni. Baby kena demam kuning. Tapi tak teruk sangat. Doktor cakap thats normal for baby.

"Siapa tahu petua atau tips nak kurangkan kuning pada baby ni. Share please. Thank you in advance okay," tulis Fizo.

Ramai pengikut laman Instagram Fizo memberikan petua kepada pelakon itu agar demam kuning anaknya cepat surut.

Antara petua yang diberikan oleh netizen ialah memberikan bayi minum susu badan dengan sekerap mungkin.

Selain itu, peminat Fizo juga mencadangkan agar pasangan itu memberikan susu kambing kepada bayi mereka.

Fizo dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim tahun lalu.

Mawar selamat melahirkan seorang bayi perempuan comel pada 29 Disember lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fizo

Daddy n tok ma bawa baby check up hri ni.baby kene demam kuning.tapi tak teruk sgt.doktor ckl thats normal for baby. . Sapa tahu petua atau tips nk kurangkan kuning pada baby ni. . Share please.tq in advance k.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on