Pelakon Zila Bakarin mendapat banyak komen positif yang memintanya terus berhijab selepas memuat naik fotonya bertudung di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Foto tersebut dimuat naik selepas Zila Bakarin selesai menjalani penggambaran drama Aku Bukan Geisha.

Zila Bakarin memberitahu jarang sekali dia mendapat watak wanita bertudung tetapi seakan suka dengan imejnya itu.

Wrap for me (1/1/18) 2 tahun buat job nih...hahahhaaaaa....but job paling cool and happy... #AKUBUKANGEISHA #puanmaimon #unomotion susah nak dpt karektor pakai hijab nih... Tapi ok jgk kannn.... Tq all the team and producer, Dir pecaya pada saya.

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial) on


Entri tersebut mendapat reaksi positif daripada pengikut IGnya yang rata-rata mendaoakan agar pelakon itu terus berhijab.

Tidak kurang juga yang memuji kecantikan Zila dengan imej bertudung itu.

Berikut antara komen yang diberikan:

@haff.garment - Semoga terbuka hati untuk istiqomah dalam berhijab

@cpzbeautyzone - Cantiknya akak @zilabakarinofficial pakai tudung.. Saya doakan moga Allah bukakan pintu hati akak untuk bertudung..

@anaqeenpahang - Cantik gila akak pakai tudung

@shfqznnr - Cantik dah tuu..keep it up sis moga Allah redha