Peminat drama bersiri Syurga Yang Kedua naik hantu dengan watak Vivy lakonan aktres Fasha Sandha.

Perkara itu diakui oleh penonton menerusi ruangan komen sedutan video terbaru drama berkenaan yang dimuat naik oleh Fasha di akaun Instagram (IG)nya.

Rata-ratanya meluahkan rasa menyampah dan sakit hati melihat perangai Vivy yang pentingkan diri sendiri.

#syurgayangkedua hari ini? ASTRO PRIMA 6 Petang -admin

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on


Dalam masa sama mereka juga memuji kehebatan dan keberkesanan lakonan Fasha sehingga mampu menerbitkan emosi penonton yang mengikuti drama bersiri tersebut.

“Vivy dah mkin melampau makin mengada menjadi jahat nya. Kita benci tau menyirap-menyirap marah dengan watak ni @fashasandha,” -@nurr_aleeya

“Geram dengan Vivy. Dah lah BFF dengan Sabrina, rampas suami pulak. Tapi bukan geram dengan Fasha. Awak pelakon yang bagus,”- @zueaznal

“Gerammmmnya aku tengok Vivy ni. Melampau! Dah lah ambil laki orang. Nak mengada touching2 pulakkk,”- @ameerarazukee


Selain Fasha, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Siti Elizad, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.

Menerusi drama tersebut, Fasha melakonkan watak Vivy, sahabat baik kepada Sabrina (Elizad). Vivy pada mulanya terpaksa berkahwin dengan suami Sabrina atas alasan keluarga teman baiknya itu inginkan waris.

Namun lama-kelamaan, perangai Vivy berubah menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri sehingga sanggup menyakiti hati teman baiknya.

Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.

Foto: IG @fashasandha

Teks oleh: Mya Amri