Nampaknya bajet besar tidak menjamin sesebuah hasil karya itu menerima pujian ramai.

Mungkin itu nasib yang diterima muzik video single nyanyian usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida dan ahli perniagaan, Nur Sajat, berjudul Abang Nak Tegur.

Apa yang positif mengenai muzik video yang baru dilancarkan semalam ialah ia sudah menerima hampir 458,000 tontonan dan berada di kedudukan kedua carta trending di YouTube.

Namun seperti juga video lirik lagu tersebut, jumlah 'dislikes' yang diterima lebih banyak daripada 'likes'.

Setakat ini, video itu menerima lebih 61,000 'dislike', dan hanya 23,000 'like'.

Di ruangan komen, ada penonton yang mempersoalkan kehadiran Sajat dan menganggap adalah lebih baik jika lagu itu dinyanyikan Aliff bersama isterinya sahaja.

Video lagu terbitan KRU Music itu menjalani penggambaran di Sepanyol, baru-baru ini.

Sumber: Astro Awani