Pelakon Jihan Muse terkejut apabila suaminya, Ungku Hariz memberitahu mahu membuat kek Brownies khas untuknya dengan menggunakan susu formula baharu Anmum Materna perisa coklat yang kurang manis.

Semuanya berlaku secara kebetulan selepas Jihan dan suami ke sebuah pasaraya untuk membeli belah barangan keperluan dapur dan rumah.

Sehinggalah Jihan berjumpa dengan seorang 'promoter' yang menawarkannya secawan susu coklat.

Sebagai penggemar susu Anmum Materna, Jihan tidak teragak-agak untuk mencuba perisa baharu itu.

Tambahan pula, susu formula Anmum Materna yang diperbaharui ini kini dalam formulasi Kurang Manis, sesuai untuk ibu mengandung yang risau tentang kandungan gula yang tinggi.

Setelah mencuba, Jihan terus mengambil beberapa pek susu Anmum Materna berperisa coklat untuk di bawa pulang.

Ketika sedang mengambil beberapa pek susu Anum Materna perisa coklat, Ungku Hariz datang dengan idea mahu membuat kek Brownies dengan susu tersebut.

Jihan yang terkejut mendengar idea Ungku Hariz itu bagaimana pun gembira dengan sikap suaminya yang penuh dengan kejutan.

Anmum Materna merupakan satu-satunya susu pra-natal di mana perisa Biasa adalah dalam formulasi Tanpa Gula Tambahan dan Rendah Lemak yang dirumus khas untuk wanita hamil.

Probiotik DR10™ yang boleh didapati dalam Anmum Materna juga telah diuji secara klinikal untuk mengekalkan kesihatan usus.

Dengan hanya meminum dua gelas sehari, Anmum Materna dengan Mind Q-Connect™ mengandungi nutrisi khas seperti Kalsium, Folat dan Zat Besi untuk membantu menyokong kehamilan Jihan.

Apakah lagi yang dibelanjakan Jihan dan Ungku Hariz untuk menyediakan makanan yang terbaik bagi memenuhi keperluan nutrisi ibu hamil?

Semuanya dapat disaksikan dalam Hi Mommy Jihan!

Jangan lupa menonton rancangan terbaru ini bermula 7 Disember 2017, setiap Khamis dan Jumaat pada jam 9 malam di laman YouTube MeleTOP.

Anda juga boleh menonton Hi Mommy Jihan di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 11 Disember 2017, setiap Isnin pada jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menyaksikan episod baru pada Isnin, anda masih boleh menyaksikan ulangannya pada hari Jumaat pada 7.55 petang.