Malam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) menyaksikan dominasi penyanyi Ayda Jebat dengan membawa pulang tiga trofi dalam kategori Artis Paling Popular APM, Ikon Media Sosial dan Lagu Paling Popular APM 2016 menerusi lagu Pencuri Hati.

Sementara itu kumpulan muzik Malaysia, Caliph Busker membawa pulang dua trofi menerusi kategori Lagu Terbaik APM 2016 dan Lagu Terbaik Malaysia.

Penyanyi Singapura yang merupakan juara AF 2015, Sufie Rashid berjaya memenangi dua kategori iaitu Artis Paling Popular Singapura dan Lagu Paling Popular Singapura menerusi lagu Kisah Dua Muka.

Malam APM 2016 turut menyaksikan komposer tersohor, S. Atan membawa pulang Anugerah Khas APM 2016. Penyanyi Malaysia yang kini sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna turut membawa pulang Anugerah Rentas Planet.

APM 2016 yang berlangsung The Theatre at Mediacorp, 1 Stars Avenue, Singapura dihoskan oleh Suhaimi Yusof dari Singapura, Desta dari Indonesia dan Sherry Alhadad dari Malaysia disiarkan bermula jam 9.00 malam menerusi Astro Ria, Media Corp Singapura dan Net TV Indonesia.

Astro Gempak kongsikan keputusan senarai penuh pemenang Anugerah Planet Muzik 2016:

Anugerah Khas APM 2016

S. Atan

Anugerah Rentas Planet

Yuna

Lagu Terbaik APM 2016

Hanya Nama-Mu : Caliph Busker

Lagu Terbaik Malaysia

Hanya Nama-Mu : Caliph Busker

Lagu Terbaik Indonesia

Dan Bernyanyilah : Musikimia

Lagu Terbaik Singapura

Bertemu Kembali : Haikal

Artis Terbaik Wanita

Raisa : Kali Kedua

Artis Terbaik Lelaki

Glenn Fredly : Perempuanku

Band Terbaik

Musikimia

Lagu Paling Popular APM

Ayda Jebat : Pencuri Hati

Artis Paling Popular APM

Ayda Jebat

Ikon Media Sosial

Ayda Jebat

Duo / Kumpulan Terbaik

Afgan & Raisa : Percayalah

Kolaborasi Terbaik Artis

Awi Rafael & Ayai : Manusia Sempurna

Kolaborasi Terbaik Lagu

Aziz Harun : Beautiful

Artis Baru Lelaki Terbaik

Rizky Febian : Kesempurnaan Cinta

Artis Baru Wanita Terbaik

Yuka Kharisma : Hati Berbisik

Artis Paling Popular Singapura

Sufie Rashid

Lagu Paling Popular Singapura

Sufie Rashid : Kisah Dua Muka