Pelakon Rita Tudaini akui bukan mudah sebagai seorang ibu tunggal untuk membesarkan kedua-dua anaknya Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7 tahun yang kini sudah membesar dan bersekolah.

Selain perlu membesarkan anak-anak seorang diri, Rita Rudiani menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu dia terpaksa menanggung semua perbelanjaan persekolahan mereka sendiri.

Rita berkata dia perlu bekerja keras untuk menyara hidup bersama anak-anak kerana tidak mempunyai lelaki bernama suami yang boleh menanggung segalanya.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana segala keperluan anak-anaknya dapat diberikan dengan secukupnya.

Demi melihat perkembangan anak-anaknya bersekolah di minggu pertama persekolahan Rita juga turut bercuti dan meluangkan masa menguruskan segalanya.

Menurut Rita, dia tidak pernah mempunyai pembantu yang menguruskan dirinya apatah lagi menguruskan anak-anaknya kerana ia momen paling manis melihat sendiri anaknya membesar di depan mata.

Rita menegaskan hanya yang terbaik akan diberikan kepada anak-anaknya kerana mereka lah ‘syurga’ di hatinya.

Berikut merupakan luahan penuh Rita:

Alhamdulillah...1st day school arini...bukan senang utk single mother mcm sis...kena kerja lebih lagi kali ni utk belanja ank2 sek...jauh lg perjalanan...ye laaa sis bukan ada org 'bela' ?..ank2 sis pon sis sorg je tanggung n bela...tp alhamdulillah rezeki ank2 tu ada jer... cukup mkn pakai,dah syukur....arjuna sgt hepi n independent...siap suh mommy balik...tp mommy mmg ambik cuti utk spend time dgn ank2 kt sek...masa ni lah masa yg paling bernilai tgk dorg besar dpn mata sendiri...sis xde maid,sis xde PA...mmg sis jaga ank2 sendiri...sis ni jenis mak2 skit..nak jaga sendiri,nak ank2 dpn mata...itu paling penting dlm hidup sis....alhamdulillah arini smuanya dlm keadaan baik...sis akan bagi hanya yg terbaik utk ank2 n akan berusaha utk yg terbaik...sbb mereka adalah 'syurga' sis ...mommy love u @airitryan727 @airitqaqa727

A post shared by @ ritrud727 on


Foto: Instagram Rita Rudaini